PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Malaysia dijangka akan memperolehi 18.4 juta dos vaksin Covid-19 iaitu Sinovac dan Sputnik V secara berperingkat mulai Mac depan.
Ia selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewakili kerajaan Malaysia menandatangani dokumen terma dan syarat dengan dua syarikat pembekal vaksin iaitu Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd (PLS) dan Duopharma (M) Sdn Bhd pada Selasa.
KKM menerusi laman Facebooknya berkata, Syarikat PLS akan membekalkan sebanyak 12 juta dos Covid-19 Coronavac, SARS-COV-2 Vaccine (Vero Cell) Inactivated yang dihasilkan oleh Sinovac Life Science Co Ltd.
"Pembakalan vaksin ini dijangka dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2021," kata kenyataan tersebut pada Selasa.
Menurut kenyataan itu, syarikat Duopharma pula akan membekalkan sebanyak 6.4 juta dos vaksin Sputnik V yang dihasilkan oleh Gamaleya Research Institute of Epidemiology and Microbiology di Russia.
"Vaksin ini dijangka akan mula dibekalkan secara berperingkat mulai penghujung Mac ini," katanya.
No comments:
Post a Comment